ANDA SIHAT...POKET MANTAPPPP

ECPI..Penyelesaian kepada semua masalah kesihatan.. Pertama di dunia..Amalkan Kebaikan Edarkan Kejayaan...

Thursday, September 2, 2010

PENGENALAN

BERSAMA MEMBINA PERADABAN BARU (AMALKAN KEBAIKAN EDARKAN KEJAYAAN)

Asas Kajian Teknologi Perubatan Elektronik

Kajian terhadap teknologi ini berdasarkan kepada beberapa kelemahan teknologi yang sedia ada. Berikut merupakan beberapa isu yang menjadi asas terhadap kajian teknologi perubatan elektronik.

1. Asas Tenaga

Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim (mass) digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativity yang dikemukakan oleh Albert Enstein E = mc². Persamaan ini menunjukkan tenaga hanya boleh terhadir dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan. Persamaan ini didapati tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang bersifat "microscopic particle" (e = hf) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck's iaitu seorang pakar ilmu sains fizik. Kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak bersifat jisim (wave)

2. Kesan Sampingan

Penggunaan jisim sebagai punca tenaga merupakan antara punca kepada berlakunya masalah kesan sampingan. Kajian memperlihatkan bukan semua kandungan yang terdapat didalam jisim baik untuk kesihatan. Didalam herba yang dianggap baik pun terdapat juga unsur-unsur yang boleh merbahayakan kesihatan, seperti "steroid" dan sebagainya. Peratusannya yang kecil menyebabkan ia tidak mendatangkan sebarang kesan merbahaya didalam jangkamasa pendek tetapi boleh mendatangkan kesan yang sangat merbahaya pada jangkamasa panjang. Penggunaan ubatan seperti antibiotik, X-ray, vaksinasi dan seumpamanya juga telah dibuktikan memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.

3. Mekanisma rawatan

Kaedah perubatan konvensional hanya menyentuh aspek anatomy dan physiology sahaja, manakala aspek spiritual tidak diambil kira. Kajian menunjukkan setiap kejadian terdiri dari dua unsur iaitu jisim dan gelombang, sama seperti unsur yang terdapat didalam semua hidupan iaitu jasad dan roh. Kajian terhadap ilmu perubatan homeopathy yang diasaskan oleh Samual Hahneman berasaskan kitab Ibnu Sina juga menjelaskan tubuh manusia terdiri dari dua unsur iaitu tubuh kasar dan tubuh halus. Beliau juga menjelaskan bahawa gangguan terhadap tubuh halus juga akan memberi kesan terhadap tubuh kasar. Ini menunjukkan rawatan secara total perlu melihat kepada keseluruhan unsur sesuai dengan fitrah kejadiannya.

4. Rawatan terhadap simptom

Pemulihan secara total perlu mengambil kira rawatan terhadap puncanya dan bukan terhadap simptomnya semata-mata. Rawatan terhadap simptom hanya bersifat sementara sahaja, contohnya rawatan terhadap penyakit diabetes dengan menggunakan insulan sintetik hanya bersifat sementara sahaja. Kegagalan merawat pankreas yang menjadi punca kepada penyakit diabetes menyebabkan pesakit terpaksa bergantung kepada ubat sehingga akhir hayatnya. Punca yang tidak dirawat akan menyebabkan ia bertambah kronik disamping mengwujudkan pelbagai penyakit baru.

5. Masalah penyakit yang tiada penawar

Kaedah perawatan moden telah mengklasifikasikan sesetengah penyakit sebagai tiada ubat. Pendapat ini amat bercanggahan dengan apa yang telah disabdakan Nabi Muhamad s.a.w bahawa
" semua penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut dan tua". Kegagalan menemui penawar bukan bermaksud tiada penawar, mungkin kaedah yang digunakan tidak bertepatan dengan fitrahnya.

6. Kajian terhadap fitrah kejadian manusia


Manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur jasad dan roh. Proses kehidupan ditunjukkan melalui gabungan kedua-dua unsur ini, manakala proses kematian ditunjukkan melalui perpisahannya. Hubungan yang sama juga terdapat pada unsur jisim yang mempunyai kembarannya (duality) dalam bentuk gelombang. Keupayaan unsur gelombang bertindakbalah terhadap unsur jisim menjadikannya sebagai dasar kepada teknologi perubatan elektronik